Monday 21 January 2019

Assalamualaikum.

Lamanya tak bukak blog ni. Dah bertahun kot. Hikhikhik 😂😂😂 Kesian dia. Dah lama tak buat semua ni. Lama betol cuti. Hari ni saje masuk dan update sebab baru selesai buat bakul buah nak melawat kawan sakit. Saje lah letak bunga lebih sket. Meh cuci mata.





Thursday 4 June 2015

BAJU PENGANTIN LAGI..

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kawan satu sekolah saya melangsungkan perkahwinan. Baju nikah dia dan baju majlis sebelah lelaki saya yang buat. Majlis belah pengantin lelaki lambat lagi. Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti dalam bulan 9. Kain yang dipilih oleh kawan saya ni warna royal blue tetapi light. Sesuai lah dengan majlis nikah. Baju majlis belah perempuan, dia upah dengan butik yang menyediakan perkhidmatan lain seperti persiapan pelamin, bilik tidur, dewan makan dan sebagainya. Kalau nak bagi saya buat semua pun takut tak terkejar sbb saya pun buat semua ni secara partime je. Alhamdulillah. Adalah rezeki Allah beri atas usaha saya tu. Butik tersebut berikan sewaan 1 lagi persalinan kepada kawan saya tetapi tiada aksesori seperti tudung mahupun veil. Jadi kawan saya beli kain dan upah saya buat tudung dan juga veil untuk persalinan kedua tersebut berwarna kelabu. Meh lah cuci mata dengan busana nikah dia yang saya hasilkan. Lagi satu busana by Zaryn Yang's Collection. Hehe... Selamat menjamu mata. :)















 

Monday 11 May 2015

Assalamualaikum...
Dah lama tak updated blog ni. Maklumlah. Bz sket. Sekarang tengah buat 2 pasang baju untuk pengantin. Baju nikah warna biru dan baju majlis warna pink belacan. Tp sementara menyiapkan baju pengantin ni, siapkan baju pengantin kedua yang merupakan adik kepada pengantin ni jgk. Kiranya kenduri nanti 2 pasang lah. Tp sbb sedikit kalut tak sempat nak ambil gambar banyak2. Kurung moden biasa warna peach. Saya cuma jahitkan sahaja. Katanya manik2 nak letak sendiri.




Thursday 16 October 2014

PINK AND BLUE IN DE HOUSE....

Assalamualaikum...
Ni baju pengapit je. Masa yang singkat je untuk pulun buat baju ni. Rupanya perlukan masa yang lebih lama. Siapkan baju ni pun kalut-kalut. Tp Alhamdulillah siap jgk on time tp ada sedikit kekecewaan. Lace tu sy trim. pastu nak topup2 sket hujung2 tu bg lagi cantik. Tp sebab faktor masa, jd tak sempat. Time memanik pun tak sempat nak merenjis2. Harapan sy si pemakai tak rasa kecewa mcm sy. Moral of the story? Buat awal2 lain kali. Lebih-lebih lagi baju yang ala2 mermaid dress ni. Hehe.... Silalah cuci mata. Bagi yang berkenan, boleh order atau PM sy di facebook. https://www.facebook.com/zarina.yang











Thursday 18 September 2014

PUTIH, PINK DAN GOLD...

Ni pulak baju pengantin dari banting. Saya buat atas permintaan dia. Setelah menunjukkan banyak jenis bunga, bunga ros ni je dapat menarik perhatian dia. Ros ni pun hasil titik peluh saya. Buat sendiri ni. Dari hujung rambut sampai hujung kaki ler... Manik dan kain je beli. hehe....












BAJU PENGAPIT...

Dah lama menyepi... Tak sempat nak upload semua hasil2 yang dibuat sebelum ni. Antaranya baju pengapit ni ler... Layannnn.....



Monday 10 March 2014

JUBAH PENGANTIN..

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis sesuatu dlam blog ni. Bukan apa. Bz sket. Semua nak kena buat. Keje sekolah dan komitmen kat sekolah. Keje2 yang berkaitan dengan belajar, apa lg kalau bukan assignment. Hehe... Dan yang pastinya, menyiapkan tempahan kastemer. Baru lepas jahit dua jubah beserta manik2 dan bunga2 cinta dan dah siap pos ke Negeri Sembilan. Harap kastemer berpuas hati... :-)